Pelakon veteran Azhar Noor Lesta selamat bernikah pada usia 55 tahun





elakon dan pengarah veteran Azhar Noor Lesta selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Cik Hartini Md Yusoff dengan dua kali lafaz hari ini.Pemilik spa Cik Hartini yang juga lebih dikenali sebagai Tina Yusoff kini bergelar isteri kepada Azhar, 55 tahun, dengan mas kahwin seutas gelang.
Dalam perkongsian oleh pembikin video Tawfik Daud, Azhar dilihat mengenakan pakaian putih dengan samping jingga bagi majlis pernikahannya.

Tawfik yang turut bernaung di bawah SevenOne Films melahirkan rasa gembiranya melihat legenda drama Melayu Singapura ini mengakhiri zaman bujangnya."Apabila saya bernikah tahun lalu, beliau memberi nasihat kepada saya mengenai alam perkahwinan. Kali ini, saya memberinya nasihat yang sama kembali," kata Tawfik, yang bekerjasama dengan Azhar dalam drama Jalan Ampas, Menantu International 1 dan 2 dan Kelab J.

Sahabat karib kepada kedua-dua mempelai itu, ejen hartanah Roz Rufai juga berkongsi kegembiraannya."Apa yang saya boleh katakan ialah mereka sudah menjadi sahabat sejak sekian lama. Mereka pasangan yang sangat serasi," jelas beliau.

RAKAN ARTIS TURUT RAIKAN HARI BAHAGIA Majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung di d' Pelangi Hotel Novotel Clarke Quay itu dihadiri ramai rakan artis dan sahabat handai.Antara rakan artis yang hadir termasuk M Saffri A Manaf, Jorah Ahmad, Mahadi Shor dan Mastura Ahmad.


"Akhirnya! Bukan saya sahaja yang tertunggu-tunggu hari yang berbahagia buat Azhar, tapi ramai rakan yang seangkatan dengannya pun sama turut berasa riang.
"Semoga (mereka) terus cinta-mencintai hingga ke akhir hayat," ucap Mastura, yang pertama kali berlakon dalam drama Persimpangan bersama Azhar.
(Gambar: Murni Siregar/Facebook)
Penyanyi Rahimah Rahim yang juga hadir di majlis tersebut pula berkongsi: "Apabila Azhar menghubungi saya minggu lalu, saya beritahu dia 'awak hanya akan menghubungi saya untuk dua perkara, satu, sama ada untuk panggil saya berlakon, atau dua, kerana awak mahu berkahwin.' Sekali betul-betul dia mahu berkahwin!"
"Dia ikut George Clooney. Tidak pernah terlewat untuk berkahwin!" seloroh Rahimah.
Azhar Noor Lesta yang dikenali dalam drama tempatan sejak 1980-an, antara lain berlakon dalam Watan, Dian dan Cut Amirah


0 Response to "Pelakon veteran Azhar Noor Lesta selamat bernikah pada usia 55 tahun"

Post a Comment